
Beberapa tips untuk akhawat dalam berhadapan dengan ajnabi bagi
mengelakkan ikhtilat (pencampuran antara lelaki dan perempuan), yakni
antara barah terbesar harakah islamiyah ini. (Credit to
http://sunahmohamma d.asasian. net/):
1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong
dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation
kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2,
maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan
dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan
perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..),
Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face
ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan
bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara
wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun
kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah
Al-Ahzab ayat 32:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu
bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga
bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan yg baik"
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah
suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2
nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg
sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg
terpilih. Best kan?
3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita
sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah.
Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada
kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah,
jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya
dari panahan syaitan."
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication
skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person
you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg
sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan
jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu
betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah
perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn
isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "….Apabila kamu
meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu
lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.." Kita bukan disuruh membawa
tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah
pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil
berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas
ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah
buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm
Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…"
Isk2. tak layak nye..
5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah
kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak,
dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la
keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat
lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi.
Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara
professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg
ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari
pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya.
Jaga diri, hiasi peribadi. (",)

No comments:
Post a Comment