Assalamualaikum w.b.tSaya ade ramai kakak di sini. Biarpun mak ngn ayah kami tak sama, tp rase macam kakak sendiri. InsyaAllah, kami mempunyai matlamat yg sama, iaitu menuju Allah dan RasulNya.
Saya sayang kakak-kakak saya.
Pagi ni saya terasa sedih sebab ade kakak saya dah nak tinggalkan bumi Auckland ni untuk meneruskan perjuangan hidupnya di tanah air, Malaysia. Saya tak tahu nape sy sedih sgt. Sedangkan sy kenal kakak saya ni tak sampai setahun jagung pun. Jumpa pun kadang-kadang jer, kalo ade program jumpalah, tu pun kdg2 ade masenya tgk dari jauh sebab ramai org yg perlu dia beri perhatian juga. Nak luangkan masa bersama di luar waktu program pun jarang dapat peluang. Jarang dapat berbual panjang dengan kakak saya ni sebab kakak saya ni sangat sibuk. Walaupun rumah kami dekat tp jarang kami dapat berjumpa. Kadang-kadang saya rindu juga pada dia. Saya ikuti perkembangan dia melalui blog dia. Saya sangat faham dengan kesibukan dia. Disamping sibuk dengan akademik, dia juga sangat sibuk memikirkan ummat, sibuk dengan kerja-kerja dakwahnya. Saya suka tgk dia sebab dia tabah. Saya nak jadi seperti dia. Saya dan dia amat berbeza sebab saya ni "budak baru" sedangkan kakak saya orang yang sangat berpengalaman dan matang.
Masa tetap berlalu tanpa menunggu sesiapa. Sedar tak sedar, kakak saya dah nak tinggalkan saya di sini. Sedih. Saya tak sepatutnya sedih macam ni. Walaupun jasad berpisah, InsyaAllah ruh tetap bersama. Lagipun, kalo panjang umur dapat jumpa lagi kat Malaysia. Tapi, nape saya sedih jugak?? Saya takde jawapan lagi untuk persoalan ni. Saya harap saya dapat luangkan masa bersama dia sebelum dia pergi meninggalkan saya di bumi Auckland ni. Uhhibukkifillah kakak. Semoga kakak tetap bahagia walaupun dimana kakak berada. Ukhuwwah fillah.

1 comment:
adikku, semoga kuat dan teguh meneruskan perjuangan..genggam erat semangat dan imanmu buat menyuluh jalan..
awk free tak weekdays ni? :) jom jalan2..;)
Post a Comment