Saturday, November 1, 2008

Exam..oh.exam...All the best!


Sekadar coretan untuk mengisi watktu rehat dari menghafal formula-formula maths....
Sekarang sedang berlansungnya peperiksaan di The University of Auckland. Pelajar di sini masing-masing mula sibuk berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan yg bakal berlangsung. Exam pertama yg bakal saya lalui adalah pada 5 November 2008 dimulai dengan paper Maths 253 dan di akhiri dengan paper Spanish 104G pada 12 November 2008.

Pelbagai ujian yg dtg sepanjang musim exam ni bagaikan ribut......biasalah, bukan subjek Maths jer ade exam, subjek Iman juga ade examnya....malah boleh jadi exam maths juga termasuk di dalam exam Iman ni....kalo secara maths nya...exam Maths subset kepada exam Iman. Namun, saya bersyukur kerana memiliki sahabat yg sering memberi peringatan kepada saya dikala kita lupa dan memberi sokongan dikala kita dihimpit kesusahan...
"....hadapi semua masalah dengan tenang yer..."pesan seorang sahabat kepada saya.. saya sangat menghargai nasihat itu. Walaupun ringkas namun amat bermakna bg saya.

Kadang-kadang kita sibuk sangat study sampai tak sedar yg kita telah jadikan study tu priority hidup kita...bahaya kan..kdg2 sibuk sgt stdy sampai solat pun dilambat-lambatkan, al-Quran pun susah sgt nak bace takut amik mase stdy, lupa tanggungjawab pada ibu bapa, lupa tanggugjawab pada sahabat. Sibuk study sampai tak igt org lain, nak ziarah sahabat pun susah, sahabat kat sekeliling tak dipedulikan.. entahkan sehat entahkan tidak.. dan paling ngeri study2 sampai solat pun tinggal....tp rasenya insyaAllah takde dikalangan kita yg berlaku demikian.
Allah ade berfirman;
"(ingatlah) pada hari ketika betis disingkapkan dan mereka diseru untuk bersujud; maka mereka tidak mampu. Pandangan mereka tertunduk kebawah, diliputi kehinaan. Dan sungguh, dahulu (di dunia) mereka telah diseru untuk bersujud waktu mereka sehat (tetapi mereka tidak melakukan)" [68:42-43]

Satu lagi benda yg ngeri jika difikirkan...kita punya la study bersungguh-sungguh...pastu kita rasa kita mesti boleh buat exam nanti kalo kita dah baca ni, hafal tu, habis excercises kita pulun..Dimana ngerinya??? Ngerinya bilamana terlintas di hati kita, kita merasa usaha kita yang akan menentukan hasil/keputusan exam kita. Tanpa kita sedar akidah kita dah terpesong sedikit...padahal kita ni manusia yg lemah, hanya Allah yg berkuasa menentukan hasilnya. Kalau Allah izin kita boleh buat maka boleh buatla kita, kalau Allah tak izin, byk mane pun usaha kita tak mampu membuatkan kita boleh jawab soalan exam tu. Kita manusia hanya berusaha...berusahalah bersungguh-sungguh kerana Allah melihat pada usaha bukan pada hasilnya...satu lagi peringatan bg saya.

Pelajar-pelajar di auckland sedia maklum, ade yg akan pulang ke Malaysia selepas exam ni. Boleh jadi cabaran boleh jadi motivation juga..hehe...kdg2 nampak macam tekun belajar, penuh perhatian, tgk buku mcam nak makan, padahal pandangan ni tembus sampai Malaysia, pastu sampai Johor..pastu sampai umah...dari tadi ayat yg same ditenung..hehe.. Bahaya kalo excited sgt nak balik nih... mungkin ade yg dah start packing bag...jgn lupa kita ade exam sebelum balik....Maka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "All the best kepada semua yang akan atau sedang menduduki peperikasaan. Ikhlaskan niat kita lillahitaala. Semoga kita semua dapat menjawab exam dengan tenang..Ameen. Tak lupa juga kepada housemate sy yg sedang demam sekarang ni..semoga sakit itu menjadi kifarah dosa. Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya dengan kesembuhan yg tiada sakit setelahnya.. Dan akhir sekali, selamat pulang ke Malaysia bagi yg pulang ke Malaysia dan bg yg tidak pulang selamat meneruskan kehidupan di rantauan...dimana-mana pun kita berada sentiasa jaga iman."

Wallahualam

3 comments:

firstmartyr said...

Ma'at taufiq wan najah..semoga terbaik dr Allah utk Aisyah :) dah lama xjumpa awk..bila balik malaysia ni? ;)

el-biruni said...

time kasih krn mendoakn kesihatan ini..
ameeen...
"bersabarlh duhai insan dlm menempuh ujianNYA.. krn ada kemanisan disebalik setiap kepahitan itu... krn DIA yg Mengatur segala.."

Syaheed Seeker said...

To Kak Sumayyah: Terima Kasih...tula lame kita tak jumpa, padahal umah dekat je..hehe..flight dari auckland 19 Nov 2008 dan berlepas pada 11.15a.m. insyaAllah..;)