Saturday, September 6, 2008

Usrah Wajib ke Tak?


"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar
menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang
membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai
menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada
yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka
janjikan itu) sedikitpun."

33:23


From: mohd zulkifli mohamad zahir
Subject: [kopitiam_kite] usrah nih wajib ke tak?
To: "kopitiam"
Date: Thursday, 4 September, 2008, 4:58 AM

Usrah itu tak wajib @ wajib?
Dilulus terbit pada Sunday, August 31 @ 11:10:00 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Pilihan Oleh muhakim

"

Abang Hakim, usrah tu wajib ke? " satu soalan keluar dari peserta
muslimat Simposium Nuqaba' anjuran Rakan Masjid. Kelihatan muka
peserta yang lain menanti dengan penuh tanda tanya.

" Usrah itu wajib dan tak wajib". Jawab ana dengan tenang dan
yakin. "Aik, macam mana pula tu?" Soal pula peserta muslimat yang
lain. Ana sudah duga persoalan itu akan keluar. Mulut mengukir senyum.
Bagus, stratergi untuk memancing minat mereka bertanya dah mengena.

Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da'wah dan
tidak wajib kepada yang bukan ahli da'wah." Permulaan jawapan yang
sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpan mengena lagi, kali ini dari
adik muslimin. "Erm.. macam mana tu abang hakim, bukan ke setiap orang
yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie". Jelas kelihatan
dan keserabutan di muka setiap peserta.

Slot tengahari memang sukar untuk dipenuhi. Mata mudah mengantuk.
Badan cepat letih. Sebab itu ana mengambil pendekatan provokasi dalam
menyempurnakan slot ketika cinta bertasbih tengahari ini. Slot yang
menjemput naqib yang pernah mengendalikan smart group dengan jayanya
satu ketika dahulu. Entah kenapa, komiti gatal menjemput ana dan ana
pula terlepas cakap memberi persetujuan. Sedangkan, ana bukanlah yang
terbaik. Namun, kerana Allah demi Islam, ana galas juga amanah ini.

Ana menjawab, "Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh
kepada ahli da'wah iaitu orang yang telah berintima' @ menyertai
jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang
mendaftar di university sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat
yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture
walaupun umur mereka sebaya."

Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita
telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jemaah.
Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah
ialah usrah.

Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu
tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. "Abang Hakim, maknanya usrah
tue tempat kita menuntut ilmu ye?" seorang peserta mengajukan soalan.
Ana tersenyum. Bagus, mereka semua bersemangat dan tidak tidur.

"Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu!" Beberapa orang peserta
kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi,
"Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah" Kelihatan kerut di
beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.

Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk
menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat
untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan
mendapat ilmu dan ukhuwwah.

Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ
tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna,
ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian
dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan
pelbagai lagi. Setelah proses `tarbiyah' itu berlaku, barulah sebuah
kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji
kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau
cincai…. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.

Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku
dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang
terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu
pernah dipopularkan satu istilah, "Usrah yang sebenar bermula dengan
tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah."

Muka peserta sudah mula cerah. Awan redup keliru mula berarak
pergi. Kini perlu menghuraikan jawapan tidak wajib usrah pula. Peserta
semakin tekun dan fokus. Perasaan ingin tahu mereka dicabar. Bagaimana
satu soalan boleh ada dua jawapan yang bertentangan?

Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da'wah. Menurut
al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad'u boleh diklasifikasikan kepada 2
golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.

Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada
kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam.
Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan
golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita
gelarkan sebagai ahli da'wah.

Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak
berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik
smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da'wah. Pendekatan kena
berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena
banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama,
rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.

Rumusan sudah dibuat. Peserta mengangguk-angguk tanda faham.
Selepas habis slot tengahari itu, ana pasang satu video klip gambar
usrah yang ana kendalikan. Ada yang kehairanan. Tiada pun `sut usrah'
yang kami pakai ketika usrah?

Ya, memang tiada set jubah dan serban dalam usrah kami. Wahai
adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid
semata bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu,
tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku. (^^)/"

hal jaza'ul ihsani ilal ihsan

Arrahman : 60

__._,_.___

No comments: