Friday, September 5, 2008

Ramadhan kali ini...

Alhamdulillah. Sempat lagi aku bertemu dengan Ramadhan kali ini. Hari ini masuklah hari ke 4 kami berpuasa. Sungguh aku bersyukur kerana Ramadhan kali ini aku sambut dengan penuh kesedaran, berbeza dengan tahun sebelum-sebelumnya. Kalau dahulu aku masih kurang faham bagaimana org kata "gembira apabila Ramadhan datang sedih bila Ramadhan pergi". Alhamdulillah, kali ini Allah telah memberiku kefahaman mengapa Ramadhan itu sungguh bermakna bagi setiap org bergelar Muslim. Apabila mendengar bahawa Ramadhan ini 'pesta' ibadah kerana ganjaran pahala bagi setiap amalan wajib dan sunat dilipatgandakan, tergerak hati ini turut 'berpesta'. Jika aku menoleh kebelakang, mengingat kembali kisah silam, entah berapa banyak dosa yang aku lakukan, entah berapa kerat amalan-amalan kebajikan. Bulan ini, bulan Ramadhan ingin aku tebus kembali kesilapan-kesilapanku dahulu. Bulan ini pintu neraka ditutup pintu syurga dibuka.
" Ketika Ramadhan, pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan"
[Hadith Riwayat Bukhari & Muslim]
Aku sebagai hamba yang hina, sangat memerlukan keampunan dari Allah, Tuhanku. Dikala kita asyik melakukan ibadah, suka sekali aku mengingat kan diriku dan dirimu, amal ibadah itu pasti akan diterima beserta hati yg ikhlas. Amal yg dilakukan bukan kerana Allah, adalah satu pembaziran yg amat merugikan. Aku berharap kita semua dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini. Jadikan Ramdahan kali ini madrasah tarbiyah yg dapat mendidik kita, pelajaran yang diperoleh menjadi bekalan untuk bulan-bulan seterusnya hingga bertemu Ramadhan seterusnya. Mari kita mengejar Lailatul Qadr!

No comments: