
[p/s: sebelum membaca entry yg ni, adalah lebih baik insyaAllah dgn membaca entry saya yg sebelum ini tentang wahyu terakhir terlebih dahulu supaya faham apa yg saya ingin sampaikan...selamat membaca :) ]
Artikel tentang wahyu terakhir ini saya terima dari seorang sahabat saya yang ingin saya hayati bersama-sama kisah menyentuh hati ini. Mungkin ramai di antara kita pernah mendengar kisah ini sebelum ini. Alhamdulillah. Tapi, pasti ada yg sudah lupa sikit-sikit. Tapi takpe... apa yg penting sekarang apa pengajaran yg kita dapat dari kisah ini.
Sayangkah kita pada Rasulullah S.A.W
Saya yakin, bagi mereka yg betul-betul hayati kisah ini boleh jadi berhelai-helai tisu kita habiskan..
Kita akan rasa sangat rindukan Rasulullah walaupun kita tak pernah berjumpa dengan baginda.. Baginda byk berkorban untuk kita. Kita bagaimana? Kita patuh tak segala pesanannya? Kita ikut tak Sunnahnya? Rajinkah kita berselawat ke atas Rasulullah? Air mata tidak cukup untuk membuktikan cinta kita pada Rasulullah. Jika kita mencintainya, kita pasti akan patuh pada pesanannya. Kita lakukan sunnahnya. Mungkin ada yg berazam "lepas ni aku nak makan guna tiga jari, aku nak bersugi, aku nak kahwin lagi.... aku nak ikut sunnah Nabi". Alhamdulillah, masih ada org berazam ingin mengikut sunnah Nabi..tapi kita selalu terlepas pandang sunnah Nabi yg satu ni..berdakwah..menyeru org kembali kepada islam sebenar, kembali kepada Allah. Itulah sunnah Nabi yg terbesar sekali..yg menjadi pekerjaannya sepanjang hayatnya. Kita bagaimana? kadang-kadang kita masih teragak-agak untuk mengajak org ke arah kebaikan..masih berkira-kira untuk meluangkan masa membuat kerja-kerja untuk islam, takut nanti terganggu 'study', takut hilang punca rezeki. Kenapa islam pula kita salahkan? bukankah Allah telah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad:7]
Allah sudah berjanji,Dia pasti menepati janjiNya. Kisah ini amat banyak memberi peringatan kepada saya.
Sakitnya sakaratul maut...
Selepas saya membaca kisah ini, tertanya-tanya saya pada diri saya..."sudah bersediakah aku jika aku mati esok, atau harini, atau sebentar lagi? macam mana kalau aku mati kejap lagi? dah bertaubat belum? malaikat izrail? macam mana kat kubur nanti? macam mana aku nak menjawab depan Allah nanti kerja-kerja yang masih aku tak buat atau aku ingkari?.." dan macam-macam lagi saya fikir..mmg kematian cukup memberi peringatan pada diri ini.jika kita tahu sebentar lagi kita mati, pasti terlalu byk benda yg kita ingin lakukan dalam masa yg singkat sebagai persiapan untuk mati...benarlah kata Rasullullah ketika Rasulullah berpesan pada sahabat:
“Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”
Kemudian bila saya membaca tentang Rasulullah berkata kepada Jibril tentang sakitnya sakaratul maut..Rasulullah yg maksum itupun merasa sakit bila Izrail menarik nyawa Rasulullah dengan cara paling lembut..apatah kita ni yg telah byk melakukan dosa.. bagaimana agaknya wajah izrail ketika itu..sedangkan ketika izarail menyerupai org Arab Badwi memberi salam kepada Fatimah renungannya amat tajam...pasti lebih tajam lagi renunganya kepada org yg byk dosanya. Semoga kita semua akan mati dalam keadaan beriman..Ameen..Menunjukkan Kasih Sayang
Kisah Ukasyah yang memeluk dan mencium Rasulullah kerana kasihnya dia kepada Rasul kerana Allah mengajar sesuatu kepada kita. Ia mengajar supaya tidak malu menzahirkan kasih sayang kita kepada sahabat kita [Amaran keras! Lakukan kepada sahabat yg sama jantina sahaja]. Buangkan rasa ego..mungkin wanita lebih mudah melakukannya berbanding lelaki..Tetapi lelaki juga seharusnya tidak malu menzahirkan kasih sayangnya dengan perbuatan kepada sahabatnya..contoh yg jelas lagi nyata, Ukasyah dan Rasulullah , mereka berdua juga lelaki.
Setakat ini saja yg dapat saya kongsikan pada entry kali ini...semoga serba sedikit dapat memberi peringatan kepada kita semua...Maaf saya tidak begitu pandai menulis..Sebarang komen, saya terima dengan hati terbuka InsyaAllah..Wallahualam..

No comments:
Post a Comment