Thursday, September 11, 2008

Khaulah Al-Azwar Al-Kindi

Nama Khaulah Al-Azwar Al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam sejarah. Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya Al-Azwar terbunuh ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar bin Al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa Arab.


Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid Al-Walid. Khaulah turut berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.

Dalam satu pertempuran yang sangat sengit, panglima Khalid bin Al-Walid telah memerhatikan seorang penunggang kuda yang tinggi, seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa, sedang dia berpakaian serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau, yg di sisinya berjuntaian hingga ke dadanya, lalu dililitkan selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan lelaki, seumpama api yg marak membakar. Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada semua pejuang-pejuang yg berada di sisinya. "Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang penunggang kuda yg amat berani."

Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yg marak, lalu memecahbelahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan mereka. Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang islam lain dan terus bertempur bermati-matian, kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang dipegangnya bertitisan darah, entah berapa banyak org yg sudah menjadi mangsanya. Dia kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.

Sebenarnya kelakuan pejuang itu telah menarik perhatian kaum muslimin hingga menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda bernama Rafik bin Umairah, "pejuang berkuda itu adalah Khalid Al-Walid, panglima kita". Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid Al-Walid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik bertanya pd Khalid. "Siapakah penunggang kuda yg bertarung di hadapanmu tadi, aku sangkakan kaulah penuggang kuda itu."

Berkata Khalid,"Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya." Khalid berkata lagi,"wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si pejuang yg mempertahankan agama Allah itu."

Maka kemudian tentera islam yg di pimpin oleh Khalid Al-Walid bersama pejuang berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yg menjulang. Akhirnya tentera islam mengecapi kemenangan yg gilang-gemilang.

Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin, kelihatan keseluruhan tubuhnya bermandikan darah. Lalu Khalid terus mengalu-alukannya seraya berkata, "semoga Allah memberkati susu yg kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu di hadapan musuh!" "Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!" Akan tetapi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah seorang dpd tentera muslimin pun berkata,"wahai org yg dimuliakan! Panglima peranag berkata kepadamu, kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkan diri daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan darinya."

Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus meninggalkan Khalid Al-Walid dan tentera muslimin. Tindakannya ini telah membuatkan Khalid hilang kesabaran, lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit,"biadap kau! Kau telah mengacau hati org ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana kamu datang?"

Apabila pejuang itu melihat Khalid Al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan kedengaran suara wanita. "Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu, melainkan kerana terasa malu."kata suara lembut itu. "Wahai panglima! Kau adalah seorang yg mulia dan besar kedudukannya, sedangkan aku seorang wanita yg selalu berlitup." Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yg lembut itu dan terus bertanya,"siapakah kamu dan dari mana kamu datang?"

Suara itu menjawab,"Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yg telah aku lakukan ini." Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid berkata kepada Khaulah lagi, "Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat membebaskannya nanti."

Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah meyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yg berlaku di Syam. Dalam peperangan di Mari Dabik, saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi. Khaulah sekali lagi telah menggempur barisan-barisan musuh. Beliau juga turut serta dalam peperangan Antakia bersama tentera muslimin. Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebut-sebut semua org. Beliau terus menjadi seorang perajurit islam, sehingga belaiu menemui ajal pada zaman pemerintahan Khalifah Othman bin Affan R.A. Khaulah telah meninggalkan namanya yg harum mewangi di sepanjang zaman.

Demikianlah kisah Khaulah yg sungguh bermakna bagi seorang muslimah. Mengapa saya katakan demikian? Khaulah telah menunjukkan sifat-sifat terpuji yg harus ada pada seorang muslimah. Lihat pada semangatnya, beliau sungguh berani memperjuangkan islam malah keberaniannya mengalahkan tentera muslimin. Subhanallah. Muslimah juga harus bergerak seiring memperjuangkan islam bersama-sama muslimin. Tetapi, biar bagaimana cara pun kita memperjuangkan islam, sifat malu dlm diri seorg muslimah itu harus terus menjadi 'pakaian' kita. Lihat saja pada Khaulah, walaupun beliau sgt hebat berjuang, sifat malu beliau masih menebal. Malu dia untuk menunjukkan dirinya pada tentera muslimin, malu dia untuk memalingkan wajah kepada Khalid Al-Walid, dan malu dia untuk bersuara di hadapan ramai lelaki. Semoga, kita semua dapat mengambil ibrah(pengajaran) dari kisah Khaulah ini. Wallahualam.


4 comments:

Anonymous said...

wah... hebat2. moga dapat la aku menjadi cam khaulah tu....walau pun dlm mimpi:)

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

Umat Islam generasi terdahulu apabila mendengar berita bahawa saudara seaqidah mereka dianiaya/ditawan/disakiti pasti akan segera bertindak walau dengan apa cara sekalipun untuk membebaskan/membalas balik penganiayaan yg dilakukan terhadapkan saudara mereka itu..cuba kita lihat umat Islam sekarang..hanya melihat saudara2 mereka di serata dunia menanggung penderitaan dan diseksa oleh musuh2 Islam..adakah kita buih2 di lautan sebagaimana yg disabdakan Baginda S.A.W.?fikir2an..

Syaheed Seeker said...

To Loani: InsyaAllah...ko pasti boleh jadi lebih dari dia =)

Syaheed Seeker said...

To Mohd Zulhilmi bin azelan: Jzkk ats komen yg bernas. Satu pandangan dari sudut yg berbeza.