Tuesday, June 14, 2011

Jangan merasa pemberianmu banyak


"Dan janganlah engkau memberi dan merasakan pemberian itu banyak" [Al-Muddathir 74:6]

Kerana masih banyak lg yg harus diberi dan dikorbankan oleh beliau, dan masih byk lg kesukaran, pengorbanan dan kepenatan yg akan dihadapi beliau. Allah tidak mahu beliau memandang apa yg dikorbankannya sebagai amat besar, banyak dan membangkit2kannya. Tugas dakwah tidak menjadi betul pada pendakwah yg memperhitungkan pengorbanan-pengorbanannya, kerana pengorbanan dakwah adalah terlalu besar dan tidak tertanggung oleh penda'wah kecuali ia melupakan terus pengorbanan itu dan kecuali dari asal lagi ia tidak terasa dgn pengorbanannya itu kerana seluruh perasaannya telah tertumpu kpd Allah dan kerana ia sedar bahawa apa yg dikorbankannya itu adalah dari limpah kurnia Allah belaka. Oleh itu, pengorbanannya merupakan satu kelebihan yg dikurniakan Allah kepadanya. Dia telah dipilih Allah utk mendapat kelebihan dan penghormatan berkorban dan kerana itu dia harus bersyukur kpd Allah bukannya membangkit-bangkitkan pengorbanannya dan bukan merasakan pengorbanannya cukup banyak dan besar.

-Zilal, Surah Mudatthir, pg 553-

Semoga kita ikhlas dlm berda'wah..

No comments: